Penulis: ‘Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh
Terbitan: Al-Hidayah
Meskipun solat itu menjadi rukun kedua selepas kalimah syahadah, akan tetapi oleh sebab kelemahan dalam pendidikan menyebabkan ada umat Islam yang hidup menikmati segala nikmat pemberian Allah, tetapi tidak bersolat bagi mensyukuri-Nya, meninggalkan masjid-masjid, meringan-ringan solat dan melambat-lambatkan waktunya. Di samping itu, ada pula yang memasuki masjid dengan merasakan seolah-olah dia terpenjara, ada yang bersolat dengan pantas seperti patuk ayam dan ada pula yang apabila masuk solat, mereka tidak faham dan tidak mengerti apa pun bacaan dan perbuatan solat.
Dalam lembaran kitab suci Al-Quran, Allah memuji orang yang bersolat, lebih daripada 80 kali. Seterusnya Allah memuji para hamba-Nya yang bersolat dengan baik (mengikuti Sunnah serta khusyuk) dan memelihara solatnya secara berterusan. Kepada mereka disediakan syurga Firdaus, mereka akan kekal di dalamnya.
RM15.00
No comments:
Post a Comment